Peraturan Kelas Pendidikan Khas

  1. Kelas bermula pada jam 7:10 pagi setiap hari.
  2. Masa kelas tamat:
    • Isnin, Selasa dan Khamis: 12:30 tengah hari
    • Rabu: 1:10 petang
    •  Jumaat: 11:00 pagi
  3. Murid tidak dibenarkan balik awal kecuali diambil oleh ibu bapa atau penjaga tanpa kebenaran Penolong Kanan Pendidikan Khas.
  4. Murid dikehendaki mengikut semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah. Pengecualian hanya diberikan kepada murid yang didapati tidak berupaya melakukan aktiviti tersebut disebabkan kekangan fizikal atau keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
  5. Pakaian sukan hendaklah dipakai sewaktu aktiviti tertentu seperti pendidikan jasmani dan aktiviti berkebun.
  6. Ibu bapa atau penjaga dikehendaki menyediakan pakaian tambahan untuk anak-anak mereka bagi tujuan kecemasan.
  7. Waktu rehat bermula pada jam 9:10 pagi sehingga 9:40 pagi.
  8. Ibu bapa atau penjaga dikehendaki memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penyakit yang kerap berlaku kepada anak mereka supaya pihak guru bersedia menghadapinya.
  9. Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab memeriksa beg anak mereka sebelum pergi dan balik sekolah.
  10. Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab menyediakan alat tulis untuk anak mereka.
  11. Bayaran Tambahan Persekolahan perlu dibayar apabila murid mendaftar ke sekolah. Jika murid tersebut bertukar sekolah dan telah membayar Bayaran Tambahan Persekolahan di sekolah lama, ibu bapa atau penjaga perlu sertakan resit asal dari sekolah lama berkenaan untuk dikecualikan dari membayar yuran tersebut di sekolah baru.
  12. Ibu bapa atau penjaga mesti memberikan nombor kad OKU dan nombor akaun Bank BSN kepada [uhak sekolah secepat mungkin bagi tujuan permohonan elaun OKU.
  13. Pengeluaran wang Elaun Murid Berkeperluan Khas dihadkan kepada RM300.00 setiap dua bulan. Ibu bapa atau penjaga perlu mengisi borang Permohonan Pengeluaran Wang Elaun Murid Berkeperluan Khas.
  14. Ibu bapa atau penjaga perlu menyatakan secara hitam putih status Hak Penjagaan Anak sekiranya ibu bapa bercerai bagi memudahkan pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas.
  15. Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan membuat kad ATM BSN bagi elaun tersebut bagi tujuan pemantauan keluar masuk wang pelajar.
  16. Ibu bapa atau penjaga yang mengambil anak sebelum pukul 12:00 tengah hari perlu mengisi butiran dalam Buku Rekod Keluar Awal dan perlu menjemput anak mereka sendiri dari kelas mereka serta memaklumkan kepada guru kelas yang bertugas.

0 comments:

Post a Comment