Sejarah

Program Pendidikan Khas Inklusif Bermasalah Pembelajaran ditubuhkan pada tahun 2005. Pada masa tersebut hanya terdapat dua orang tenaga pengajar bersama sembilan orang pelajar dalam satu kelas.

Pada tahun 2006 sehingga 2008, guru Pendidikan Khas meningkat kepada tujuh orang sebagaimana juga jumlah pelajar iaitu dari 15 orang kepada 29 orang pelajar. Pada tahun 2008 juga telah melantik seorang pembantu.

Pada tahun 2009 sehingga 2015 jumlah pelajar semakin menigkat daripada 42 orang kepada 78 orang. Bilangan kelas juga telah meningkat daripada lima kepada tujuh buah kelas memandangkan jumlah pelajar semakin banyak. Begitu juga bilangan PPM yang turut bertambah kepada empat orang.

0 comments:

Post a Comment