Wednesday 6 May 2015

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

              Di dalam kelas guru akan memberikan beberapa tugasan dan aktiviti kepada pelajar supaya mereka lebih memahami apa yang akan dipelajari di dalam kelas tersebut. Adakalanya sesetengah pelajar masih sukar ataupun mengambil masa untuk memahami sesuatu. Umur pelajar dalam setiap kelas tidak tertakluk hanya pada satu umur tetapi digabungkan dari umur 15 tahun sehingga 19 tahun. Pelajar yang berumur 19 tahun merupakan pelajar tahun akhir untuk program tersebut. 




Perhimpunan Kelas pada Setiap Pagi

          Setiap pagi pelajar akan berhimpun sebelum memulakan kelas. Seperti pelajar-pelajar yang lain, mereka turut menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dan lagu rasmi sekolah. Selain itu, mendengar ucapan dari guru dan senaman pagi.  

 

 




Aktiviti Harian Pelajar PPKI SMK Matang Jaya


Video tersebut menjelaskan tentang aktiviti harian pelajar ketika waktu persekolahan.

PPKI SMK Matang Jaya

PPKI SMK Matang Jaya merupakan satu institut pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Terdapat tiga peringkat pelajar dalam institut ini iaitu tahap satu, tahap dua dan tahap 3. Tahap satu merupakan pelajar yang mempunyai masalah kritikal iaitu sebagai contoh pelajar down syndrome yang sukar untuk belajar. Tahap dua pula adalah pelajar yang mempunyai masalah seperti autisme, cacat anggota, lewat pembelajaran dan sebagainya. Tahap tiga merupakan pelajar yang mudah untuk belajar dan senang untuk berkomunikasi dengan orang lain.